AGENDA

101 kotak produk kesihatan didakwa boleh rawat Covid-19 dirampas

6 Jul 2021, 8:24 AM
101 kotak produk kesihatan didakwa boleh rawat Covid-19 dirampas

SHAH ALAM, 6 JULAI: Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas 101 kotak produk kesihatan dikenali Lianhua Qingwen Jiaonang yang didakwa boleh merawat Covid-19.

Pengarah Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata ubat tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan itu dirampas dalam serbuan Cawangan Penguatkuasaan Bahagian Farmasi JKNS di Petaling Jaya pada 1 Julai lalu.

Menurutnya, nilai produk dianggarkan RM2,500 dan ia rampasan kali kedua membabitkan produk sama. Rampasan pertama pada Oktober tahun lalu.

"Produk tidak berdaftar ini didakwa berupaya merawat jangkitan Covid-19 secara kendiri dan dikhuatiri mendatangkan kesan sampingan buruk ke atas kesihatan sekiranya digunakan tanpa pemeriksaan.

"Siasatan lanjut dibuat mengikut Akta Jualan Dadah 1952, jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tiga tahun atau kedua-duanya," katanya dalam kenyataan media.

Dr Sha'ari turut menasihatkan orang ramai membuat semakan lanjut sebelum membeli produk kesihatan dan kosmetik secara dalam talian.

Orang ramai boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran atau notifikasi kosmetik dengan melayari http://www.npra.moh.gov.my atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03 7883 5400.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619