AGENDA

Rebat Grab ke PPV diperluas ke semua peringkat usia

6 Jul 2021, 5:28 AM
Rebat Grab ke PPV diperluas ke semua peringkat usia

SHAH ALAM, 6 JULAI: Rebat perjalanan ke pusat pemberian vaksin (PPV) menggunakan Grab berjumlah RM20 kini dibuka kepada semua rakyat Selangor tanpa mengira usia.

Perkara itu diumumkan Dato' Menteri Besar pada majlis menandatangani perjanjian kerjasama strategik antara Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI dan Grab Malaysia hari ini.

"Saya sukacitanya mengumumkan rebat pengangkutan bagi mendapatkan vaksin dibuka kepada semua lapisan tidak sebagaimana yang saya umumkan pada 9 Jun bahawa ia terhad kepada 50 tahun ke atas.

"Memikirkan bahawa vaksin adalah satu keperluan kepada mereka yang berumur 18 tahun ke atas, kini rebat pangangkutan dibuka kepada semua rakyat Selangor yang layak," Dato' Seri Amirudin Shari dalam siaran langsung di Facebook.

Sebelum ini, inisiatif dengan peruntukan RM1 juta yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 dikhususkan untuk penduduk negeri berusia 50 tahun ke atas.

Permohonan rebat yang dibuka pada 20 Jun lalu sah bagi perjalanan ke PPV seluruh negeri dan Kuala Lumpur mulai 1 Julai hingga 30 September.

Orang ramai boleh melayari pautan www.platselangor.com dan tekan butang Inisiatif MBI Bisnes Amal untuk mendaftar.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619