AGENDA

11 laluan Bas Smart Selangor mudahkan penduduk ke pusat vaksin

5 Jul 2021, 3:22 PM
11 laluan Bas Smart Selangor mudahkan penduduk ke pusat vaksin
11 laluan Bas Smart Selangor mudahkan penduduk ke pusat vaksin

SHAH ALAM, 5 JULAI: Kerajaan Negeri menyediakan 11 laluan Bas Smart Selangor ke lokasi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bagi memudahkan orang ramai mengambil vaksin.

Dato' Menteri Besar, Dato' Seri Amirudin Shaari berkata sebanyak 11 laluan dipinda itu membabitkan pentadbiran Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Perbandaran Klang, Majlis Perbandaran Kajang dan Majlis Daerah Kuala Selangor.

"Kerajaan Selangor menerusi kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) menyediakan laluan perkhidmatan Bas Smart Selangor ke lokasi PPV demi memudahkan janji temu vaksinasi Covid-19," katanya di Facebook.

Orang ramai boleh mendapat maklumat lanjut dengan memuat turun aplikasi Smart Selangor SITS di Apple App Store atau Google Play bagi kemudahan melihat jadual perjalanan yang lebih tepat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619