AGENSI

400 petugas KDEBWM di lapangan terima vaksin Selangor

5 Jul 2021, 10:48 AM
400 petugas KDEBWM di lapangan terima vaksin Selangor

SHAH ALAM 5 JULAI: Seramai 400 petugas KDEB Waste Management (KDEBWM) terutama di lapangan sudah menerima dos pertama vaksin melalui program Vaksin Selangor (Selvax) Industri.

Ketua Perhubungan Awam dan Medianya Mahfuzah Muhammad Tarmidi berkata suntikan pelalian itu diterima pada 27 Jun manakala dos kedua pada 18 Julai.

"Petugas barisan hadapan KDEBWM terutama penyelia kawasan yang mewakili 70 peratus warga kerja (termasuk kakitangan anak syarikat Hebat Abadi Sdn Bhd) antara individu terawal menerima vaksin bawah Selvax Industri.

"Kita mahu memberikan perlindungan sepenuhnya kepada petugas yang sentiasa berdepan risiko dijangkiti wabak ketika bertugas di lapangan," katanya ketika dihubungi.

Mahfuzah berkata pihaknya juga sedang menguruskan fasa kedua vaksin kepada kru dan pemandu sub kontraktor pembersihan membabitkan 10,500 orang.

"Mereka ini menjadi keutamaan pengurusan kerana bekerja secara langsung di lapangan," katanya.

Sebanyak dua juta dos vaksin disediakan kepada majikan bagi diagihkan secara percuma untuk sejuta pekerja negeri ini melalui program Selvax Industri.

Usaha Kerajaan Negeri itu bagi memelihara pekerja dan masyarakat sekitarnya memandangkan sejumlah kes positif berpunca daripada kluster tempat kerja.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619