ADN

Masyarakat diminta peka, bantu jiran dalam kesusahan

5 Jul 2021, 8:54 AM
Masyarakat diminta peka, bantu jiran dalam kesusahan

PELABUHAN KLANG, 5 JULAI: Masyarakat diminta peka dengan keadaan jiran sekeliling yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19.

Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang berkata komuniti memainkan peranan penting supaya penduduk terutama yang terputus bekalan makanan dapat dibantu segera.

"Saya dimaklumkan ada penduduk di sini mengibarkan bendera putih sebagai isyarat memerlukan bantuan. Alhamdulillah penduduk dan NGO (pertubuhan bukan kerajaan) tampil membantu.

"Kami juga akan menghulurkan sumbangan tetapi memerlukan maklumat dari orang ramai. Sekiranya terlihat ada bendera putih dikibar dan tidak dapat membantu, maklumkan segera menerusi talian 017-2434200," kata Azmizam zaman Huri hari ini.

Terdahulu beliau melancarkan program bantuan bakul makanan untuk penduduk terjejas sekitar DUN Pelabuhan Klang.

Azmizam turut menyeru mana-mana syarikat, NGO dan individu berkemampuan untuk berganding bahu membantu penduduk terkesan.

Baru-baru ini, rakyat Malaysia memulakan kempen bendera putih. Menerusi kempen itu orang ramai dalam kesusahan diminta menaikkan bendera putih sebagai isyarat mereka memerlukan pertolongan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619