AGENDA

KKM saring 17,000 penghuni Mentari Court

5 Jul 2021, 5:03 AM
KKM saring 17,000 penghuni Mentari Court

SHAH ALAM, 5 JULAI: Kira-kira 17,000 penghuni daripada 3,469 unit pangsapuri Mentari Court, Petaling Jaya menjalani saringan Covid-19 hari ini.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) berkata saringan di lokaliti yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) selama dua minggu itu sebagai langkah membendung penularan wabak.

"Petugas KKM melawat dari rumah ke rumah bagi memastikan semua penghuni menjalani ujian saringan sebagai langkah membendung penularan jangkitan di kawasan perumahan itu.

"Rancangan untuk memberi vaksin kepada penduduk di situ yang dijadual pada Ahad (semalam) terpaksa ditangguhkan sehingga ujian saringan selesai sepenuhnya," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Program berkenaan mendapat kerjasama polis, tentera, Majlis Bandaraya Petaling Jaya dan Pejabat Tanah dan Daerah Petaling selain pelbagai pihak turut menyumbang barang keperluan harian kepada setiap rumah.

Mentari Court antara lokaliti di Selangor yang dikenakan PKPD sejak 1 Julai lalu. Perintah sama turut dikenakan ke atas Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way dan Pangsapuri Westlite – PKNS dalam tempoh berkenaan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619