ADN

DUN Kota Kemuning gerakkan lebih 10 pasukan cari keluarga terjejas

5 Jul 2021, 2:57 AM
DUN Kota Kemuning gerakkan lebih 10 pasukan cari keluarga terjejas

SHAH ALAM, 5 JULAI: Lebih 10 pasukan digerakkan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Kemuning untuk mengesan keluarga terkesan akibat pandemik Covid-19.

Wakil rakyat V Ganabatirau berkata pasukan yang menjalankan rondaan terdiri daripada ahli majlis, ketua kampung dan komuniti serta pusat khidmat masyarakat.

"Setiap pasukan bergerak mencari rumah keluarga terjejas sama ada yang mengibarkan bendera putih atau sebaliknya dan mereka dibekalkan dengan 10 bakul makanan bagi memudahkan memberi bantuan.

"Untuk hari ini, kita mengagihkan kira-kira 100 bakul makanan termasuk enam keluarga yang mengibarkan bendera putih," katanya ketika dihubungi semalam.

Ganabatirau yang juga EXCO kebajikan masyarakat berkata pihaknya mewujudkan program "Sponsor A Family" iaitu keluarga berkemampuan membantu keluarga terkesan.

"Program ini salah satu usaha menggalakkan orang ramai membantu keluarga terkesan atau mereka boleh terus memaklumkan kepada wakil rakyat," katanya.

Kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di 34 mukim di lapan daerah Selangor selama 14 hari bermula semalam sehingga 16 Julai.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619