AGENDA

Selvax Industri bendung jangkitan dalam masyarakat setempat

4 Jul 2021, 2:45 PM
Selvax Industri bendung jangkitan dalam masyarakat setempat

SHAH ALAM, 4 JULAI: Program Vaksin Selangor (Selvax) Industri yang menyediakan dos suntikan pelalian kepada golongan pekerja kilang mampu mengurangkan jangkitan Covid-19 terhadap komuniti.

Jelas Dato' Seri Amirudin Shari selagi pekerja sektor terbabit tidak divaksin, golongan itu berisiko menyebarkan jangkitan wabak di luar tempat kerja.

"Sekiranya kita dapat memberikan vaksin sebanyak mungkin kepada pekerja kilang termasuk pekerja asing, maka kilang-kilang ini tidak perlu ditutup.

"Walaupun kita menutup kilang dan pekerja tinggal di rumah, mereka masih akan dijangkiti selagi tidak diberi vaksin," kata Dato' Menteri Besar menerusi wawancara eksklusif bersama The Star.

Beliau berkata, usaha ini akan membendung ancaman berterusan kluster tempat kerja selain membolehkan syarikat beroperasi jika terdapat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada masa depan.

Rabu lalu Amirudin mengumumkan Selvax Industri yang menyediakan dua juta dos vaksin kepada sejuta pekerja negeri ini termasuk warga asing bagi mengawal dan melindungi semua pihak memandangkan sejumlah besar kes positif berpunca daripada kluster tempat kerja.

Pada 15 Jun, Dato' Menteri Besar berkata pemberian vaksin ditumpukan kepada pekerja industri bagi mengelakkan virus merebak kepada masyarakat berikutan sektor itu masih mencatat jangkitan tinggi.

Maklumat berkaitan Selvax boleh dicapai melalui pautan https://vax.selangkah.my atau hubungi talian 1-800-22-6600. Orang ramai juga boleh merujuk Facebook, Twitter dan Instagram @SelangorVAX.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619