EXCO

Golongan remaja dipelawa sertai pertandingan esei kesedaran pengguna

4 Jul 2021, 10:34 AM
Golongan remaja dipelawa sertai pertandingan esei kesedaran pengguna
Golongan remaja dipelawa sertai pertandingan esei kesedaran pengguna

SHAH ALAM, 4 JULAI: Golongan remaja dipelawa menyertai pertandingan menulis esei kesedaran pengguna bertema Remaja Selangor, Pengguna Arif anjuran Jawatankuasa Tetap Pengguna Negeri.

Pertandingan dibuka pada 16 Jun hingga 6 Julai berkenaan menawarkan hadiah berupa gajet yang boleh digunakan sepanjang Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

EXCO Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata sebanyak dua kategori dipertandingkan iaitu kategori A untuk peserta berusia 13 hingga 15 tahun dan B pula 16 hingga 17 tahun.

"Selain dapat mengasah bakat, pertandingan ini juga dapat mengisi masa lapang mereka sepanjang pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan ketika ini.

"Juara akan bawa pulang komputer riba, tempat kedua Samsung Galaxy Tab A7, tempat ketiga telefon pintar OPPO A31. Wang tunai RM50 untuk lima pemenang saguhati," katanya ketika dihubungi.

Penyertaan boleh dihantar melalui emel relawanselangor@gmail.com atau sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian 013-7701694.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619