SELANGOR

Polis Klang siasat video tular anggota minta wang sogokan

4 Jul 2021, 6:25 AM
Polis Klang siasat video tular anggota minta wang sogokan

SHAH ALAM, 4 JULAI: Polis membuka satu kertas siasatan tatatertib susulan tular rakaman video anggotanya didakwa meminta wang sogokan daripada pemilik sebuah kenderaan pacuan empat roda yang di percayai berlaku di Bandar Sultan Suleiman, Pelabuhan Klang awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Nurulhuda Mohd Salleh berkata pihaknya telah mengenal pasti anggota yang terlibat dalam insiden itu.

"Polis menyeru supaya pemilik akaun atau mana-mana orang yang mempunyai maklumat lanjut berkenaan kejadian supaya menghubungi polis Klang Utara untuk membantu siasatan," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook Polis Daerah Klang Utara.

Nurulhuda berkata kejadian berkenaan dikesan pihaknya susulan hantaran semula rakaman video oleh pemilik akaun Twitter @fahmynazrul semalam yang memaparkan anggota polis tersebut disyaki meminta wang sogokan daripada pemilik kenderaan terbabit.

Terdahulu tular rakaman video kamera papan pemuka berdurasi 1.02 saat bertarikh 1 Julai lepas memaparkan dua anggota polis menahan seorang lelaki di tepi jalan sebelum didakwa meminta sejumlah wang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619