AGENDA

9,000 penduduk Mentari Court divaksin mulai esok

4 Jul 2021, 3:47 AM
9,000 penduduk Mentari Court divaksin mulai esok

SHAH ALAM, 4 JULAI: Seramai 9,000 penduduk Mentari Court di PJS 8 yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) sejak Khamis akan menerima vaksin bermula esok.

Pegawai Daerah Petaling Dato’ Johary Anuar berkata proses suntikan pelalian diberikan secara berperingkat selepas saringan kontak rapat dan bergejala selesai hari ini.

"Kita tidak buat ujian Covid-19 kepada semua memandangkan bilangan penduduk yang ramai. Vaksin pula diberikan kepada individu disahkan negatif dan penduduk yang layak,” katanya ketika dihubungi.

Setakat pagi semalam, hampir 2,700 penduduk di Blok A dan Blok B selesai disaring.

Penduduk Mentari Court menjadi kumpulan pertama dalam negeri ini menerima vaksin dalam kawasan PKPD. Perumahan itu dikenakan kawalan ketat selepas lebih 500 kes Covid-19 dikesan.

Perintah kawalan turut dikenakan ke atas Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way dan Pangsapuri Westlite – PKNS dalam tempoh berkenaan.

Bermula semalam, 34 mukim dalam lapan daerah Selangor dikenakan PKPD selama 14 hari bagi membendung Covid-19. Tempoh itu bakal dilanjut jika penularan wabak gagal ditangani.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619