AGENSI

KDEBWM saring petugas, kutipan sampah beberapa kawasan sedikit lewat

3 Jul 2021, 12:06 PM
KDEBWM saring petugas, kutipan sampah beberapa kawasan sedikit lewat

SHAH ALAM, 3 JULAI: KDEB Waste Management Sdn Bhd (KDEBWM) memaklumkan akan berlaku kelewatan bagi kutipan sisa pepejal di beberapa kawasan di Selangor.

Pengarah urusannya berkata ia berikutan operasi saringan terhadap petugas pembersihan selain sanitasi jentera bagi mencegah Covid-19.

"Kawasan yang terbabit adalah Kajang, Petaling Jaya, Subang Jaya, Sepang, Kuala Langat dan Ampang Jaya.

"KDEBWM juga telah mendapatkan khidmat pekerja sokongan bagi memastikan kutipan sisa pepejal dan pembersihan awam dilaksana mengikut jadual," kata Ramli Mohd Tahir menerusi kenyataan hari ini.

Ramli berkata sekiranya terdapat masalah kelewatan kutipan sampah, orang ramai boleh menghubungi pusat aduan setempat atau pihak operasi cawangan terlibat ditalian 019-375 9592 dan 019-375 3980.

"Kami memohon maaf atas kesulitan dialami dan akan terus komited memberikan khidmat pengurusan sisa pepejal terbaik kepada rakyat Selangor," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619