AGENSI

MSN Selangor peruntuk RM2.4 juta baik pulih padang, gelanggang sukan

3 Jul 2021, 4:22 AM
MSN Selangor peruntuk RM2.4 juta baik pulih padang, gelanggang sukan

SHAH ALAM, 3 JULAI: Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor memfokus untuk membaik pulih kira-kira 50 padang permainan dan gelanggang sukan membabitkan peruntukan RM2.4 juta tahun ini.

Pengarah eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor berkata dana itu diluluskan Kerajaan Negeri bagi memberi keselesaan kepada warga negeri ini untuk bersukan dan rekreasi.

Menurut Mohd Nizam Marjugi, kemudahan di mukim dan seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu antaranya padang bola sepak, gelanggang futsal, sepak takraw, bola keranjang dan taman permainan.

"Kita berharap dapat menyiapkan 50 kerja baik pulih pada tahun ini, namun tempoh itu turut bergantung kepada perkembangan semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Mohd Nizam berkata pihaknya berharap kerajaan Pusat dapat memberi kebenaran bagi menjalankan projek di bawah kelulusan MSN Selangor seperti bagi kerja di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT).

"Sekarang ini kerja tidak boleh dilakukan kerana tidak mendapat kebenaran dan tidak termasuk dalam perkhidmatan perlu.

"Tetapi projek itu juga perlu dibenarkan kerana ada diantara strukturnya usang dan membahayakan penduduk, contohnya ada pagar gelanggang futsal hampir roboh, kalau tidak dibaiki bahaya kepada sesiapa melaluinya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619