AGENSI

Usahawan Hijrah terima moratorium pinjaman secara automatik

2 Jul 2021, 9:57 AM
Usahawan Hijrah terima moratorium pinjaman secara automatik

SHAH ALAM, 2 JULAI: Semua peminjam Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) diberi moratorium bayaran pinjaman selama satu setengah bulan secara automatik.

Pengarah eksekutifnya berkata tiada sebarang proses diperlukan untuk membuat penangguhan dan golongan terbabit mengambilnya kerana pendapatan terjejas akibat Covid-19.

"Berdasarkan data, jumlah keseluruhan berjumlah 56,800 tetapi peniaga terlibat kira-kira 40,000 berikutan terdapat kumpulan yang membuat pinjaman kali kedua.

"Mereka yang terlibat dengan Hijrah daripada sektor pembekal, pemakanan, perkhidmatan, pertanian, penternakan dan pemprosesan," kata Dato’ Seri Mohamad Suparadi Md Noor kepada SelangorKini.

Pada 9 Jun, Dato’ Menteri Besar mengumumkan seramai 40,000 usahawan Hijrah diberikan moratorium bayaran pinjaman selama satu setengah bulan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif yang memberi impak kewangan berjumlah RM11.35 juta disalurkan susulan Kerajaan Negeri memahami kesukaran golongan itu akibat pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang menjejaskan perniagaan dan gangguan aliran tunai.

Pada 11 Jun, Mohamad Suparadi berkata pihaknya menjelajah ke semua Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menyegerakan pelaksanaan dasar itu memandangkan majoriti peminjam golongan B40.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619