ad
ADN

Kes Covid-19 tinggi, ADN gesa ujian bersasar buat warga Seri Kembangan

30 Jun 2021, 4:24 AM
Kes Covid-19 tinggi, ADN gesa ujian bersasar buat warga Seri Kembangan

SHAH ALAM, 30 JUN: Saringan Covid-19 secara besar-besaran perlu dijalankan kerajaan terhadap penduduk di Seri Kembangan susulan kebimbangan jangkitan harian wabak.

Ahli Dewan Negerinya Ean Yong Hian Wah berkata usaha mengesan jangkitan awal harus disegerakan bagi mengelak situasi lebih parah termasuk kes kematian.

"Pusat khidmat saya masih terima laporan kes positif setiap hari. Kami risau wabak bertambah serius sekiranya langkah proaktif tidak diambil Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Mengikut maklumat, lebih kurang 40 penduduk Seri Kembangan meninggal dunia di Hospital Serdang sejak lebih setahun pandemik melanda," katanya kepada SelangorKini.

Beliau turut kesal dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba yang sepatutnya berada di barisan hadapan dalam mengurus isu pandemik selain menjaga keselamatan rakyat, namun gagal berbuat demikian.

Pada 25 Jun, Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Serdang mengambil inisiatif menjalankan program Saringan Komuniti secara bersasar di Stadium MBSJ Serdang Jaya berikutan rantaian jangkitan Covid-19 sukar diputuskan.

Seramai 683 individu berjaya disaring menggunakan kit ujian pantas antigen (RTK-Ag) dengan 86 daripadanya disyaki positif wabak.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.