AGENDA

Permohonan bantuan makanan, peranti paling banyak diterima wakil rakyat

30 Jun 2021, 1:24 AM
Permohonan bantuan makanan, peranti paling banyak diterima wakil rakyat

SHAH ALAM, 30 JUN: Permohonan bantuan makanan dan peranti bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) paling banyak diterima wakil rakyat Selangor ketika pandemik Covid-19 melanda negara sejak lebih setahun lalu.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Bukit Melawati, Juwairiya Zulkifli berkata pemohon pula adalah dalam kalangan individu yang tidak dibenarkan bekerja oleh majikan serta hilang pekerjaan.

"Kita menerima banyak aduan dan rintihan terutamanya keperluan makanan kerana ramai yang hilang punca pendapatan. Malah sehingga semalam, netizen pun sudah menggerakan satu kempen kibar bendera putih kerana masyarakat amat tertekan, berada dalam keadaan tekanan hidup.

"Kita juga mendapat aduan mengenai pendidikan terutama di luar bandar yang tidak ada kemudahan gajet untuk melaksanakan PdPR, mungkin mereka mempunyai anak tiga, empat orang anak tetapi gajetnya hanya satu," katanya menerusi Bual Bicara - Covid-19: Mencari Jalan Keluar yang disiarkan secara langsung menerusi TV Selangor, malam tadi.

Juwairiya berkata Kerajaan Selangor sedar keadaan itu dan memperkenal Pakej Kita Selangor 2.0 bagi membantu rakyat dengan peruntukan menyeluruh termasuk kawasan pembangkang.

Menerusi Pakej Kita Selangor 2.0 yang dibentang pada 9 Jun lalu, peruntukan program Mesra Rakyat kepada semua 56 wakil rakyat termasuk pembangkang ditingkat kepada RM100,000.

Kerajaan Negeri atas semangat ‘Kita Selangor’ juga setuju memberi peruntukan tambahan RM50,000 untuk program tersebut membabitkan jumlah keseluruhan RM3.28 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619