ADN

Bantuan makanan buat penduduk terkesan PKPD mulai esok

29 Jun 2021, 12:45 PM
Bantuan makanan buat penduduk terkesan PKPD mulai esok

SHAH ALAM, 29 JUN: Wakil rakyat Sungai Ramal menyediakan keperluan asas kepada penghuni Pangsapuri Sri Ayu di Bandar Baru Bangi yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Mazwan Johar berkata bantuan termasuk makanan akan diagihkan kepada penduduk kawasan tersebut dalam tempoh 14 hari mulai esok berdasarkan senarai Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Langat.

"Lazimnya kami sediakan makanan dan barangan lain bergantung keperluan serta permintaan penduduk.

"Sebaik sahaja dapat maklumat diperlukan, kami akan sediakan bantuan menggunakan peruntukan wakil rakyat," katanya ketika dihubungi.

Mazwan turut mencadangkan program Saringan Komuniti diadakan sekali lagi di kawasan Sungai Ramal berikutan peningkatan kes Covid-19 dan risiko penyebaran oleh pembawa senyap.

"Ini kali ketiga PKPD dikenakan di sini, tahun lalu di Kampung Sungai Ramal Dalam dan Hentian Kajang," katanya lagi.

Selain Pangsapuri Sri Ayu, tiga lagi kawasan dikenakan PKPD mulai esok ialah CLQ Gamuda Gardens, Kundang Jaya, Rawang; Taman Murni, Sepang dan CLQ Johan Setia di Klang.

Arahan itu berikutan sebanyak 454 kes dikesan di kesemua kawasan terbabit dalam tempoh seminggu.

Hari ini, tiga kawasan di Petaling dikenakan PKPD selama 14 hari mulai 1 Julai iaitu Mentari Court di PJS 8, Taman Perumahan SS 91A, Sungai Way dan Pangsapuri Westlite – PKNS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619