AGENDA

MSN Selangor bantu Farah Ann, Gavin hadapi Olimpik Tokyo

29 Jun 2021, 8:07 AM
MSN Selangor bantu Farah Ann, Gavin hadapi Olimpik Tokyo

SHAH ALAM, 29 JUN: Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor akan memantau dan membantu dua atlet negeri ini yang akan mewakili negara dalam temasya Olimpik di Jepun pada Julai.

Pengarah Eksekutifnya Mohammad Nizam Marjugi berkata dua atlet berkenaan adalah gimnas negara Farah Ann Abdul Hadi dan pemain golf profesional Gavin Kyle Green.

"Walaupun selepas mereka diserapkan ke dalam pasukan kebangsaan dan semua urusan berkaitan bawah Majlis Sukan Negara, namun MSN Selangor biasanya pantau atlet negeri kita.

"Kita akan beri bantuan seperti kewangan sebelum dan selepas menyertai Olimpik," katanya ketika dihubungi hari ini.

Olimpik Tokyo bakal menjadi pentas pertama bagi Farah Ann beraksi dalam kejohanan sukan paling berprestij itu manakala kali kedua buat Gavin.

Farah Ann mengesahkan tiket ke Olimpik Tokyo selepas mencatat keputusan memberangsangkan pada Kejohanan Gimnastik Artistik Dunia 2019 di Stuttgart, Jerman.

Gavin secara rasminya layak selepas menduduki ranking ke-56 daripada 60 pemain golf dalam ranking Olimpik yang tempoh kelayakannya berakhir pada 22 Jun.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619