ADN

Penduduk Banting digalak sumbang komputer riba bantu pelajar B40

29 Jun 2021, 2:27 AM
Penduduk Banting digalak sumbang komputer riba bantu pelajar B40

SHAH ALAM, 29 JUN: Orang ramai di Dewan Undangan Negeri (DUN) Banting dialu-alukan menyumbang komputer riba dan tablet terpakai menerusi kempen 'Satu Laptop Satu Harapan'.

Wakil rakyatnya berkata usaha itu bertujuan membantu pelajar yang tiada peranti tersebut namun terpaksa melalui pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

"Disebabkan pandemik Covid-19, belajar secara dalam talian kini telah menjadi norma baharu dan ini menyukarkan keluarga berpendapatan rendah (B40) yang rata-ratanya terdiri daripada masyarakat Orang Asli.

"Justeru, kita harap ada masyarakat yang sudi menyumbang komputer riba dan tablet terpakai yang masih berfungsi bagi membantu keluarga ini dan pada masa sama memudahkan anak-anak menghadapi PdPR," kata Lau Weng San ketika dihubungi.

Beliau berkata sehingga kini sebanyak 12 keluarga B40 telah menerima manfaat menerusi kempen berkenaan.

Orang awam yang ingin menderma peranti tersebut atau mereka yang memerlukan boleh menghubungi Weng San di talian 016-322 1563 atau hadir ke Pusat Khidmat DUN Banting.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619