AGENSI

Penduduk dirayu tidak halang laluan lori sampah ketika parkir kenderaan

28 Jun 2021, 3:30 PM
Penduduk dirayu tidak halang laluan lori sampah ketika parkir kenderaan

SHAH ALAM, 28 JUN: KDEB Waste Management (KDEBWM) merayu kerjasama penduduk agar meletakkan kenderaan lebih teratur agar tidak menghalang laluan lori sampah domestik.

Pengarah Urusan Ramli Mohd Tahir berkata tindakan segelintir individu yang tiada kesedaran menyukarkan operasi kutipan sampah mengikut jadual.

"Saya faham ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 80 peratus bekerja dari rumah dan bakinya di pejabat. Malah, kenderaan juga akan lebih banyak berbanding biasa.

"Justeru, saya menyeru mereka yang berada di kediaman bertingkat atau tidak tolong letakkan kenderaan di tempat sepatutnya dan tidak menghalang laluan lori," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membawa 300 kakitangan KDEBWM menerima vaksin dos pertama menerusi Program Vaksinasi Covid-19 Selangor (SCVP) di pusat pemberian vaksin (PPV) Evo Mall, Bangi, semalam.

Sementara itu, Ramli berkata beliau menyeru orang ramai membuang pelitup muka terpakai dengan cara yang betul dan di tempat sepatutnya.

Menurutnya, pembuangan secara salah akan menyebabkan virus Covid-19 merebak sekali gus memberi risiko kepada pengutip sampah.

"Perkara ini amat penting kerana kita tidak tahu berapa tempoh masa virus itu hidup di pelitup muka tersebut dan secara tak langsung boleh merebak kepada pengutip sampah atau orang lain yang bersentuhan dengannya," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619