ADN

400 warga emas Pulau Indah terima dos pertama vaksin Pfizer

27 Jun 2021, 3:30 PM
400 warga emas Pulau Indah terima dos pertama vaksin Pfizer
400 warga emas Pulau Indah terima dos pertama vaksin Pfizer

SHAH ALAM, 27 JUN: Seramai 400 warga emas sekitar Pulau Indah menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 jenis Pfizer-BioNTech di Klinik Kesihatan Pulau Indah hari ini.

Wakil rakyat Pelabuhan Klang berkata mereka bersemangat hadir ke pusat pemberian vaksin (PPV) dengan mengikut masa ditetapkan iaitu antara jam 8 pagi hingga 12 tengah hari.

"Saya seronok melihat mereka yang hadir malah difahamkan ada antara warga emas begitu bersemangat sehingga sanggup menunggu di pintu pagar seawal jam 7 pagi bagi mendapatkan suntikan pelalian.

[caption id="attachment_477118" align="alignright" width="500"] ADN Pelabuhan Klang Azmizam Zaman Huri beramah mesra dengan seorang warga emas yang selesai menerima suntikan vaksin Covid-19 di pusat pemberian vaksin (PPV) Klinik Kesihatan Pulau Indah pada 27 Jun 2021. Foto Facebook Azmizam[/caption]

"Saya berterima kasih kepada semua petugas barisan hadapan dan sukarelawan PPV kerana komited memastikan program imunisasi kebangsaan berjalan lancar mengikut jadual di kawasan Pulau Indah serta sekitarnya," kata Azmizam Zaman Huri dalam kenyataan.

Beliau turut meminta kerjasama orang ramai belum mendaftar sebagai penerima vaksin supaya berbuat demikian dengan kadar segera manakala yang sedang menunggu giliran dinasihatkan bersabar.

"Kita perlu bersama berusaha memastikan penularan wabak segera berakhir supaya semua orang boleh kembali hidup normal seperti sedia kala.

"Tatacara operasi piawai (SOP) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga harus dipatuhi walaupun sudah disuntik vaksin. Insya-Allah, semua akan selamat dan berjaya keluar daripada pandemik," katanya.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619