AGENDA

Nekad hadir saringan percuma Kerajaan Negeri walaupun kaki patah

26 Jun 2021, 10:01 AM
Nekad hadir saringan percuma Kerajaan Negeri walaupun kaki patah
Nekad hadir saringan percuma Kerajaan Negeri walaupun kaki patah

KAJANG, 26 JUN: Seorang pemuda warga Syria nekad hadir saringan Covid-19 secara percuma anjuran Kerajaan Negeri biarpun dalam keadaan bertongkat kerana patah kaki akibat kemalangan.

Eyad Mhd Adnan Baghajati,38, berkata beliau hadir ke program berkenaan bersama rakannya kerana mahu mengetahui status kesihatan diri yang terdedah kepada risiko jangkitan di tempat kerja.

"Saya hadir ke program ini dengan menumpang kenderaan seorang rakan kerana risau jika membawa wabak ini tanpa mengetahuinya kerana banyak individu positif tetapi tidak bergejala.

"Kos untuk melakukan saringan agak mahal di luar tetapi apabila terdapat program seperti ini yang diadakan secara percuma, saya tidak mahu melepaskan peluang," katanya yang bekerja di kilang kurma dekat Semenyih.

Eyad Mhd Adnan berkata demikian ketika ditemui pada Program Saringan Komuniti DUN Kajang di Dewan Seri Cempaka di sini hari ini.

[caption id="attachment_476987" align="alignright" width="500"] Pekerja kilang Eyad Mhd Adnan Baghajati, 38[/caption]

Sementara itu, suri rumah Kamariah Osman, 36, berkata beliau membawa empat anaknya berusia 14 hingga dua tahun untuk membuat saringan kerana suaminya pernah disahkan positif minggu lalu.

"Sepanjang menjalani kuarantin, suami tidak dihubungi pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk bertanya tentang kontak rapat sehingga disahkan bebas Covid-19.

"Oleh sebab itu, saya ambil keputusan membawa semua anak buat saringan selain bimbang kesihatan salah seorang anak yang menghidap penyakit talasemia," katanya.

Saringan Komuniti fasa tiga bermula di DUN Seri Setia dan Taman Medan diikuti Gombak Setia, Sungai Tua dan Taman Templer pada hujung minggu lalu.

Selain DUN Kajang hari ini, program sama berlangsung Hulu Klang dan Bukit Antarabangsa esok.

Kerajaan Selangor memperuntuk RM10.7 juta untuk menjayakan program berkenaan dengan tumpuan di kawasan jangkitan tinggi selain sektor industri dan perkilangan.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619