AGENSI

LZS sumbang 20 unit kerusi roda untuk kegunaan Hospital UiTM

26 Jun 2021, 9:02 AM
LZS sumbang 20 unit kerusi roda untuk kegunaan Hospital UiTM

SHAH ALAM, 26 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyumbang 20 unit kerusi roda kepada Hospital Universiti Teknologi Mara (UiTM) sebagai sokongan komitmen institusi awam menangani Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Saipolyazan M Yusop berkata kemudahan itu diharap membantu keperluan kritikal hospital sepanjang tempoh pandemik seterusnya memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

"Sumbangan ini dapat bantu kelengkapan hospital terutama untuk kegunaan pesakit di pelbagai wad, lebih-lebih lagi Hospital UiTM kini dilantik sebagai pusat pemberian vaksin (PPV) berskala mega," katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Sumbangan diserahkan kepada Pengarah Hospital UiTM Prof Dr Sazzli Shahlan Kasim di Dewan Berlian kampus Puncak Alam, Kuala Selangor semalam.

Sementara itu, Saipolyazan berkata sebelum ini Hospital UiTM antara 17 hospital sekitar Lembah Klang yang menerima sumbangan Tabung Kebajikan Pesakit LZS berjumlah RM1.77 juta.

Menurutnya, sumbangan RM50,000 bagi meringankan beban pesakit yang memerlukan kos pembiayaan menjalani rawatan di hospital terbabit.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619