ADN

PdPR: Kelas bimbingan percuma DUN Sentosa diteruskan secara dalam talian

24 Jun 2021, 4:22 AM
PdPR: Kelas bimbingan percuma DUN Sentosa diteruskan secara dalam talian

SHAH ALAM, 24 JUN: Program Sinar Ilmu Harapan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sentosa diteruskan secara dalam talian sepanjang pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Wakil rakyatnya berkata ia selepas mengambil kira kesukaran murid untuk belajar memandangkan sekolah masih belum dibuka.

"Disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan sekolah belum dibuka, kelas akan dilanjutkan sebulan lebih lagi menerusi dalam talian.

"Sambutan menggalakkan, ada yang minta kelas ini diteruskan dan tambah murid walaupun sekolah dibuka, kita akan kaji," kata Dr G Gunarajah kepada SelangorKini hari ini.

Pada 18 April lalu, DUN Sentosa mengambil inisiatif menganjurkan kelas percuma selama tiga bulan bagi membantu murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran.

Sehingga kini seramai 20 murid yang terpilih dalam lingkungan usia antara sembilan sehingga 13 tahun terlibat dengan keutamaan memastikan sekurang-kurangnya mereka dapat mengenali 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619