AGENDA

Pendekatan MB tangani Covid-19 menyeluruh

24 Jun 2021, 3:00 AM
Pendekatan MB tangani Covid-19 menyeluruh
Pendekatan MB tangani Covid-19 menyeluruh

SHAH ALAM, 24 JUN: Pendekatan menyeluruh dijalankan pentadbiran Dato Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari Selangor dalam memerangi wabak Covid-19 di negeri ini.

Daripada penganjuran saringan percuma, kaedah membendung virus dalam sektor industri, penyediaan pelbagai bentuk bantuan hingga pembelian vaksin menjadikan Selangor negeri contoh.

Ahli Dewan Negeri Sungai Templer Mohd Sany Hamzan menjelaskan program Saringan Komuniti yang dijalankan sejak Mac tahun lalu misalnya banyak membantu usaha mengesan pembawa virus tidak bergejala.

Selain itu, katanya, sukarelawan turut disediakan bagi melancarkan operasi Pusat Penilaian Covid-19 (CAC) dan mewujudkan pusat panggilan untuk penilaian pesakit di rumah bagi mengelakkan kesesakan di pusat itu.

[caption id="attachment_444417" align="alignleft" width="392"] Mohd Sany Hamzan[/caption]

Sekalipun kes harian di Selangor tinggi berikutan faktor kepadatan penduduk, beliau berkata Kerajaan Negeri mampu menguruskan situasi, bahkan menyalur bantuan kepada golongan terjejas.

"Dato' Seri Amirudin Shari benar-benar memahami keperluan rakyat. Kerajaan Negeri sumbang bakul makanan, buat saringan, sedia kit penilaian di rumah dan selepas ini vaksin pula.

"Selain itu, banyak bantuan dinikmati peniaga, pelajar serta pemandu teksi, semuanya demi menjaga kebajikan dan pada masa sama mencegah penularan Covid-19," katanya.

Beliau mengulas kejayaan Amirudin yang masuk tahun ketiga pentadbiran pada 19 Jun.

Wakil rakyat Bandar Utama, Jamaliah Jamaluddin pula memuji inisiatif Sistem Pencegahan Penularan di Kawasan Titik Panas (POIS) yang membantu mengawal jangkitan wabak di kilang.

Jelasnya, Selangor sebagai penyumbang terbesar Keluaran Dalam Negara Kasar bergantung kepada industri tetapi pada masa sama perlu menjaga keselamatan dan kesihatan penduduk dari dijangkiti.

"Jadi Kerajaan Negeri dan Dato' Menteri Besar segera bekerjasama dengan pihak industri dengan melaksana POIS sekalipun bidang kuasa memantau operasi kilang bawah kerajaan persekutuan.

"Tindakan segera ini dapat mengawal daripada penularan besar-besaran yang sering dikaitkan dengan kluster kilang," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619