AGENDA

Promosi rebat ke pusat vaksin melalui kumpulan WhatsApp masjid

23 Jun 2021, 6:38 AM
Promosi rebat ke pusat vaksin melalui kumpulan WhatsApp masjid
Promosi rebat ke pusat vaksin melalui kumpulan WhatsApp masjid

SHAH ALAM, 23 JUN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menggunakan kumpulan WhatsApp komuniti masjid bagi mempromosi rebat RM20 ke pusat pemberian vaksin (PPV).

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporatnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata kaedah itu bagi memastikan golongan berusia 50 tahun ke atas mendaftar inisiatif berkenaan.

"Kita guna pelbagai kaedah untuk tarik kumpulan itu seperti menyebarkan promosi di kumpulan sembang WhatsApp komuniti masjid dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor.

"Diharap lebih ramai sedar bantuan Kerajaan Negeri ini, sekarang pendaftaran agak perlahan kerana selepas dibuka Ahad lalu kita hanya menerima sekitar 70 permohonan," katanya ketika dihubungi.

Orang ramai boleh memohon rebat tersebut bagi perjalanan ke PPV seluruh negeri menggunakan perkhidmatan e-panggilan Grab mulai 20 Jun.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata tawaran khusus buat warga Selangor sah untuk perjalanan mulai 1 Julai hingga 30 September.

Inisiatif dengan peruntukan RM1 juta yang terkandung dalam Pakej Kita Selangor 2.0 bakal memanfaatkan hampir 50,000 penduduk negeri ini.

Pada 9 Jun, Kerajaan Selangor mengumumkan pakej bernilai RM551.56 juta bagi membantu rakyat yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pelan tersebut memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat termasuk golongan berpendapatan rendah (B40), pelajar, usahawan kecil, petani serta penggiat pelancongan.

Layari www.platselangor.com dan klik Inisiatif MBI Bisnes Amal untuk pendaftaran.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619