AGENDA

Dr Dzulkefly kecewa vaksin penduduk Selangor 'masih tercorot'

23 Jun 2021, 12:00 AM
Dr Dzulkefly kecewa vaksin penduduk Selangor 'masih tercorot'
Dr Dzulkefly kecewa vaksin penduduk Selangor 'masih tercorot'

SHAH ALAM, 22 JUN: Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC) kecewa pemberian vaksin kepada penduduk di negeri itu 'masih tercorot'.

Mengikut carta nisbah prestasi pemberian vaksin, pendaftaran dan kematian yang dikongsi beliau di Twitter, hanya 17.15 peratus penduduk telah menerima suntikan setakat 20 Jun lalu.

Sedangkan carta sama menunjukkan Selangor mencatat jumlah peratus kematian akibat Covid-19 tertinggi bagi tempoh sepuluh hari.

"Selangor 'masih tercorot' meskipun Sultan Selangor telah merakamkan rasa kecewa dan menegur Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF)," kata Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

[caption id="attachment_470932" align="alignright" width="380"] Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad bercakap kepada media pada program Saringan Komuniti Covid-19 di Dewan Cempaka, Saujana Impian, Kajang pada 8 Mei 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau yang juga bekas menteri kesihatan turut mendakwa peratusan pemberian vaksin di Selangor tidak banyak berubah sejak mula membangkitkan perkara itu pada 28 Mei lalu.

Pada 8 Jun lalu, Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berharap Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJABV) mempercepat dan menambah bilangan dos vaksin untuk penduduk negeri ini.

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj terkejut apabila Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) mengesahkan Selangor hanya menerima 615,210 dos vaksin Covid-19, bukan 2.9 juta seperti dakwaan sebelum ini.

Baginda juga menyifatkan nisbah jumlah pemberian dos vaksin tidak adil dan tidak seimbang dengan kepadatan penduduk Selangor yang berjumlah kira-kira 6.5 juta.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619