PBT

JMB ingkar SOP perintah kawalan diberi surat amaran

22 Jun 2021, 1:55 PM
JMB ingkar SOP perintah kawalan diberi surat amaran

SHAH ALAM, 22 JUN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) mengeluarkan surat amaran terhadap sebuah badan pengurusan bersama (JMB) di Perdana Residences 2, Selayang kerana ingkar tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Pengarah Jabatan Korporatnya berkata tindakan diambil ketika operasi bersepadu dijalankan pesuruhjaya bangunan (COB) MPS dan unit penguatkuasaan pengurusan strata kementerian perumahan dan kerajaan tempatan (KPKT) semalam.

"Semasa pemantauan, kita dapati terdapat pekerja pembersihan yang bertugas di JMB berkenaan tidak membuat dan mengimbas kod QR aplikasi MySejahtera," kata Mohamad Zin Masoad menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata sebanyak lima JMB dipantau antaranya Andari Townvilla, Kota Warisan, Perdana Residence, Casa Mila termasuk Perdana Residences 2.

Menurutnya, JMB terbabit diperiksa surat kelulusan operasi Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), jadual pekerja, penjarakan fizikal dalam lif, kemudahan dan fasiliti guna sama selain memastikan tiada aktiviti atau majlis sosial.

"MPS dan anggota penguat kuasa KPKT turut memberi teguran kepada semua JMB untuk membuat penambahbaikan SOP sebagai langkah pencegahan Covid-19.

"Pemantauan berkala di semua perumahan berstrata akan terus dilakukan dan tindakan tegas menanti JMB yang ingkar dengan pematuhan SOP ditetapkan," kata Mohamad Zin.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619