AGENSI

LUAS berjaya tangani 18 insiden pencemaran sungai sejak Januari

22 Jun 2021, 11:15 AM
LUAS berjaya tangani 18 insiden pencemaran sungai sejak Januari

SHAH ALAM, 22 JUN: Sebanyak 18 insiden pencemaran sungai berjaya ditangani segera bagi mengelak henti tugas loji rawatan air (LRA) sejak Januari sehingga semalam.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menerusi kenyataan berkata sehingga kini juga tiada kes pencemaran direkodkan dalam tempoh tersebut.

"LUAS sentiasa menggerakkan Skuad Pantas untuk melaksanakan operasi pemantauan 24 jam di kawasan sensitif sumber air iaitu di lembangan Sungai Selangor, Sungai Langat dan Sungai Klang meskipun dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

"Tindakan ini bagi mencegah daripada berlakunya pencemaran sumber air dan meminimumkan risiko henti tugas LRA disamping memastikan kelangsungan sumber air di negeri ini sentiasa terpelihara," katanya.

LUAS turut menyeru orang awam membuat aduan berhubung aktiviti mencurigakan sehingga menyebabkan pencemaran sumber air dengan menghubungi talian WhatsApp 019-264 7904 atau e-mel aduan@luas.gov.my.

Berdasarkan rekod sepanjang tahun lalu, LUAS berjaya menangani 19 daripada 29 kes pencemaran air. Bagaimanapun, baki 10 kes menyebabkan henti tugas LRA sehingga menjejaskan bekalan air kepada pengguna.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619