AGENDA

Seldec tambah kategori jualan fesyen, kesihatan mulai Ogos

22 Jun 2021, 8:13 AM
Seldec tambah kategori jualan fesyen, kesihatan mulai Ogos

SHAH ALAM, 22 JUN: Rantaian e-Bekalan Digital Selangor (Seldec) bakal menambah empat kategori baharu jualan produk menjelang Ogos, kata pengurus besarnya.

Mohd Fauzan Elham menjelaskan kategori meliputi fesyen, kesihatan dan kecantikan, perkakas rumah serta perkhidmatan bagi meluaskan ruang perniagaan kepada usahawan.

"Ketika ini kita hanya tawar tiga kategori iaitu makanan basah, makanan kering seperti gula dan beras dan makanan sejuk beku.

"Ogos ini kita akan tambah beberapa kategori hasil kerjsama dengan pihak lain. Langkah ini memudahkan pembeli berbelanja menerusi portal e-dagang terbabit," katanya dalam program Bual Bicara Seldec: Platform Bantu Peniaga Selangor.

Program tersebut disiarkan secara langsung melalui Facebook Media Selangor dan YouTube SelangorTV.

Mohd Fauzan menambah Seldec akan diperluas ke seluruh negara melalui kerjasama syarikat logistik dan agensi kerajaan tempatan bagi membentuk hab penghantaran.

"Untuk menjayakan rancangan ini, Seldec akan memulakan operasi dari kawasan luar bandar dan memilih Kuala Selangor sebagai projek pertama.

"Setakat ini, operasi Seldec melibatkan 38 kawasan sekitar Selangor dan Kuala Lumpur sahaja. Pergerakan penghantar barang dalam radius 40 radius kilometer," katanya.

Seldec dilancarkan pada 3 Oktober 2019 bagi membantu meningkatkan pendapatan usahawan kecil dan pengusaha luar bandar di negeri ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619