AGENDA

Maqis rampas 98,400kg makanan gluten jagung dari Korea

22 Jun 2021, 2:24 AM
Maqis rampas 98,400kg makanan gluten jagung dari Korea

SHAH ALAM, 22 JUN: Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Selangor merampas 98,400 kilogram makanan gluten jagung dari Korea tanpa permit import sah di Pelabuhan Klang Utara kelmarin.

Pengarahnya berkata makanan tambahan untuk industri ternakan itu dianggarkan bernilai RM291,364 dirampas dalam pemeriksaan rutin yang dilakukan pada jam 12 tengah hari.

"Syarikat terbabit gagal mengemukakan permit import yang sah kepada pegawai penguat kuasa, berikutan itu semua barang dagangan dirampas untuk siasatan lanjut.

"Ini merupakan kesalahan kedua pada tahun ini bagi syarikat itu," katanya Zamri Hashim dalam kenyataan.

Mengimport sebarang jenis keluaran pertanian tanpa permit sah adalah kesalahan di bawah Seksyen 11(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619