PENDIDIKAN

Unisel: Tuisyen dalam talian percuma untuk calon SPM

21 Jun 2021, 10:17 AM
Unisel: Tuisyen dalam talian percuma untuk calon SPM

SHAH ALAM, 21 JUN: Universiti Selangor (Unisel) menyediakan kelas tuisyen Matematik dan Bahasa Inggeris dalam talian percuma kepada calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Presiden dan naib canselornya berkata program e-Tome e-Tuisyen dijalankan dengan kerjasama pusat khidmat masyarakat Parlimen Hang Tuah Jaya menerusi saluran sekolah maya Unisel (UVS).

"Program dikendalikan sepenuhnya pensyarah Unisel dan guru cemerlang terpilih, memfokuskan akademik dan penerapan elemen motivasi untuk menyuntik semangat pelajar sekali gus menjadikan medium lebih menarik.

"Diharap inisiatif ini memberi manfaat kepada pelajar membuat persiapan menghadapi peperiksaan," kata Prof Dato' Dr Mohammad Redzuan Othman.

Majlis pelancaran program disempurnakan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin menerusi sidang video pada Sabtu.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi Korporat Unisel Hasril Abu Hassan menjelaskan calon lain di seluruh negara masih boleh mengikuti pembelajaran melalui saluran UVS tanpa sebarang bayaran.

"Penyertaan dibuka kepada pelajar dari semasa ke semasa dengan syarat mereka perlu mendaftar. Konsep yang disediakan juga sama iaitu ada kelas dan ceramah," katanya ketika dihubungi.

Mereka yang berminat boleh mendaftar melalui pautan https://uvs.unisel.edu.my/.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619