AGENDA

Umno beri tempoh 14 hari adakan sidang Parlimen

21 Jun 2021, 2:28 AM
Umno beri tempoh 14 hari adakan sidang Parlimen

SHAH ALAM, 21 JUN: Umno memberi tempoh selama 14 hari kepada kerajaan persekutuan untuk mengadakan sidang Parlimen susulan titah Yang di-Pertuan Agong agar ia diadakan secepat mungkin.

Presiden Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan kegagalan kerajaan melaksanakan titah itu dianggap satu bentuk penderhakaan dan tidak menghormati institusi Raja-Raja Pemerintah.

"Parlimen amat mustahak untuk diadakan bagi segera membawa pelbagai tuntutan dan harapan rakyat yang sedang kesempitan dalam mendepani Covid-19 selain memastikan wujud akauntabiliti dalam urusan pentadbiran kerajaan.

"Tidak perlu berdolak-dalik lagi istilah 'secepat mungkin' dan 'segera' yang digunakan dalam kenyataan berhubung sidang Parlimen, yang hakikatnya menzahirkan kesepakatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja Pemerintah," katanya dalam kenyataan.

Pada 16 Jun, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja-Raja Melayu berpandangan Parlimen wajar segera bersidang bagi membahaskan Ordinan-ordinan Darurat, Pelan Pemulihan Negara dan juga peruntukan untuk membantu rakyat.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619