AGENSI

Saringan percuma fasa tiga tumpuan individu kontak rapat

19 Jun 2021, 9:33 AM
Saringan percuma fasa tiga tumpuan individu kontak rapat
Saringan percuma fasa tiga tumpuan individu kontak rapat

PETALING JAYA, 19 JUN: Jumlah peserta Saringan Komuniti fasa ketiga dijangka menurun berbanding penyertaan dalam dua fasa sebelum ini, kata pengurus Klinik Selcare.

Mohd Noor Md Nasir berkata ia berikutan kebanyakan peserta ujian Covid-19 kali ini dalam kalangan kontak rapat kepada pesakit Covid-19.

"Pemerhatian hari pertama mendapati kebanyakan peserta diuji merupakan kontak rapat ahli keluarga atau individu terdekat yang disahkan positif.

[caption id="attachment_476147" align="alignright" width="423"] Mohd Noor Md Nasir[/caption]

"Walaupun pergerakan orang ramai terhad dan hanya duduk di rumah, risiko jangkitan masih tinggi kerana ada sektor tidak ditutup selain perniagaan berjalan seperti biasa. Kes harian juga masih kekal tinggi," katanya ketika ditemui.

Saringan fasa tiga bermula hari ini melibatkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan dan Seri Setia di Dewan Komuniti MBPJ, Kampung Lindungan.

Sementara itu, Mohd Noor berkata program sama yang diadakan esok di Dewan Beringin, Taman Seri Gombak merupakan saringan pertama diadakan sehingga malam.

Menurutnya, program mulai 8 pagi hingga 9 malam turut menyasarkan 9,000 peserta sekitar DUN Sungai Tua, Gombak Setia dan Taman Templer.

"DUN terbabit merekodkan jumlah penyertaan tinggi ketika fasa dua. Jadi, kita bersedia menyaring seramai mungkin dan harap peratusan individu berkemungkinan positif menurun berbanding sebelum ini," katanya.

Minggu lalu, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata saringan fasa tiga melibatkan kawasan mencatatkan kes tinggi selain sektor industri dan perkilangan dengan sasaran 100,000 individu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619