ADN

Langgar SOP, MPK kompaun pemilik kilang RM10,000

18 Jun 2021, 10:14 AM
Langgar SOP, MPK kompaun pemilik kilang RM10,000

SHAH ALAM, 18 JUN: Pemilik sebuah kilang di Kampung Telok Gong, Pelabuhan Klang dikompaun RM10,000 atas kesalahan melanggar tatacara operasi piawai (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Pelabuhan Klang berkata tindakan dikenakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) ketika operasi pemeriksaan dan pemantauan SOP terhadap premis terbabit semalam.

"Hasil siasatan mendapati kilang itu tidak mendapat surat kebenaran operasi daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) dan masih beroperasi seperti biasa.

"Justeru, MPK mengeluarkan kompaun dan akan terus memantau semua aktiviti perkilangan sepanjang PKP bagi memastikan tiada pelanggaran SOP," kata Azmizan Zaman Huri menerusi Facebook.

Beliau berkata tindakan diambil pihak berkuasa tempatan itu mengikut Peraturan 16 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (LDKTJ) (Kawalan Pergerakan Bersyarat) 2021.

Katanya, orang ramai diminta bekerjasama bagi membuat aduan kepada MPK jika mendapati ada kilang beroperasi tanpa kebenaran Miti melalui talian khas pantas Covid-19 03-33701095.

Media sebelum ini melaporkan, PBT diberi kuasa mengenakan kompaun kepada individu yang melakukan apa-apa kesalahan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619