ADN

20 rumah dilanda ribut, bantuan segera disalur baiki kerosakan

18 Jun 2021, 4:16 AM
20 rumah dilanda ribut, bantuan segera disalur baiki kerosakan

SHAH ALAM, 18 JUN: Sebanyak 20 rumah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Meru mengalami kerosakan akibat ribut petang semalam.

Wakil rakyatnya berkata hujan lebat dan angin kencang menyebabkan bumbung tercabut selain kejadian pokok tumbang malah tiga rumah mengalami kerosakan hampir 80 peratus.

Katanya, kawasan terlibat di Jalan Jambu, Taman Meru 3, Taman Desa Permai, Jalan Hamzah Alang, Kampung Budiman, Jalan Nanas dan Jalan Limau.

"Setakat ini tiada mangsa dipindahkan, mereka di kediaman masing-masing berteduh di ruangan yang tidak terjejas kerana khuatir dengan keadaan semasa Covid-19," kata Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar kepada SelangorKini.

Beliau berkata pihaknya akan membantu penduduk terjejas dengan segera termasuk bantuan kewangan serta kerja pembaikan rumah.

"Cuma ada sedikit kekangan berikutan banyak kedai tutup kerana sekatan pergerakan, jadi tukang rumah sukar cari barang untuk membaiki rumah, namun kita akan usaha seberapa segera.

"Ketua kampung juga diminta bantu uruskan permohonan bantuan tabung bencana daripada pejabat tanah. Buat permulaan, mangsa terlibat menerima bantuan wang tunai bagi ringankan beban," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh berkata sebanyak 18 laporan diterima berhubung kejadian ribut semalam.

"Namun, kejadian yang berlaku di sekitar Meru ini tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619