EXCO

Karnival kerjaya Selangor dijadual Julai ditangguh

17 Jun 2021, 12:49 PM
Karnival kerjaya Selangor dijadual Julai ditangguh

SHAH ALAM, 17 JUN: Jelajah Selangor Bekerja yang dijadualkan Julai ini terpaksa ditangguh kepada tarikh baharu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0.

EXCO pembangunan generasi muda berkata berdasarkan perancangan, karnival berkenaan akan turun ke setiap daerah bagi menawarkan peluang kerjaya.

"Kita tawarkan untuk semua peringkat termasuk golongan bawahan serta profesional. Karnival secara maya mungkin dipertimbangkan ketika PKP Pemulihan dan sasar antara 3,000 hingga 5,000 penyertaan," kata Mohd Khairuddin Othman kepada SelangorKini.

Beliau berkata pihaknya kini berusaha menjalin kerjasama dengan pelbagai sektor bagi memastikan lebih ramai individu mendapat peluang kerja.

"Majikan yang menyertai karnival ini tahun lalu bersetuju untuk meneruskan kerjasama. Jadi kita harap lebih ramai individu terjejas akibat Covid-19 dapat dibantu," katanya.

Tahun lalu Jelajah Selangor Bekerja diadakan di lima lokasi bermula di Kuala Selangor, Gombak, Sungai Buloh, Hulu Langat, serta Shah Alam.

Antara peluang kerja ditawarkan ialah profesor, pensyarah, tutor al-Quran, akauntan, pengurus jualan, pegawai penyelidik, juruteknik, pembaca meter, operator panggilan, pemandu traktor terminal, penyelia dan penjaga stor.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619