AGENSI

Promosi di media sosial, Tourism Selangor bantu industri pelancongan

17 Jun 2021, 7:13 AM
Promosi di media sosial, Tourism Selangor bantu industri pelancongan

SHAH ALAM, 17 JUN: Tourism Selangor mengadakan kempen mempromosikan produk keluaran industri pelancongan di media sosial.

Pengurus komunikasi korporatnya berkata inisiatif itu diambil dalam membantu industri terbabit untuk menjana pendapatan.

"Terdapat sesetengah hotel yang mengeluarkan produk dengan membuat tawaran penghantaran makanan kepada pelanggan.

"Kita membantu dengan menguar-uarkan inisiatif penggiat industri ini di media sosial kepada orang ramai," kata Ahmad Nazri Tashriq Rahmat kepada Selangorkini hari ini.

Beliau berkata agensi itu akan mengumumkan agihan peruntukan sebanyak RM2.55 juta bantuan kewangan kepada golongan tersebut pada 1 Julai hadapan.

"Tourism Selangor akan menjelaskan pelaksanaan bantuan ini dengan lebih terperinci dan dijalankan secara berperingkat," katanya.

Pada 9 Jun lalu Dato’ Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari mengumumkan empat inisiatif bantuan kewangan sektor pelancongan iaitu geran bantuan kewangan, baucar pelancongan, program latihan digital dan bantuan kewangan kepada persatuan pelancongan.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619