PBT

Pesakit kronik antara 100 penerima bantuan asas di Batu Caves

17 Jun 2021, 4:13 AM
Pesakit kronik antara 100 penerima bantuan asas di Batu Caves

SHAH ALAM, 17 JUN: Majlis Perbandaran Selayang (MPS) menyerahkan bantuan kepada 100 keluarga di empat perumahan di Batu Caves, semalam.

Sumbangan disampaikan membabitkan Flat Taman Bidara, Taman Selayang Jaya, Selayang Utama dan Taman Seri Melati.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata sumbangan disampaikan Ahli Majlis Zon 12, U Chin Ong dan Pemangku Yang Dipertua MPS, Ir Cheremi Tarman.

Menurutnya, seorang pesakit kronik di Taman Selayang Jaya, Batu Caves antara penerima sumbangan.

"Penyerahan sumbangan berupa barangan keperluan asas ini adalah inisiatif Ahli Majlis Zon 12 sendiri bagi meringankan beban masyarakat terkesan terutama ketika pandemik Covid-19," katanya di Facebook hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619