PBT

MPS kompaun dua individu buang sampah di tempat khas peniaga pasar

17 Jun 2021, 1:36 AM
MPS kompaun dua individu buang sampah di tempat khas peniaga pasar

SHAH ALAM, 17 JUN: Dua individu masing-masing dikompaun RM1,000 selepas membuang sampah di tempat pembuangan dikhaskan untuk peniaga Pasar Taman Sri Gombak, Selasa lalu.

Pengarah Jabatan Korporat Majlis Perbandaran Selayang (MPS) memaklumkan kesalahan itu dikesan menerusi kamera litar tertutup (CCTV) dipasang di beberapa kawasan tumpuan.

"Tindakan tidak bertanggungjawab itu menyebabkan limpahan sampah selain kesulitan dan gangguan kepada peniaga di kawasan tersebut.

"Notis kompaun telah dihantar ke kediaman pesalah melalui semakan nombor pendaftaran kenderaan di aplikasi i-Sikap," kata Mohamad Zin Masoad menerusi kenyataan semalam.

Kompaun dikenakan di bawah Seksyen 5, Undang-undang Kecil Pemungutan, Pembuangan dan Pelupusan Sampah (MPS) 2007.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619