AGENSI

MBI peruntuk RM150,000 bantu 3,000 keluarga terkesan lanjutan PKP

17 Jun 2021, 12:30 AM
MBI peruntuk RM150,000 bantu 3,000 keluarga terkesan lanjutan PKP

SHAH ALAM, 17 JUN: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI memperuntuk RM150,000 bagi membantu golongan yang terkesan susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dua minggu lagi.

Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat Ahmad Azri Zainal Nor berkata bantuan berbentuk baucar barangan runcit bernilai RM50 dijangka memberi manfaat kepada 3,000 keluarga.

"Menyedari PKP disambung lagi dua minggu, kita mengambil langkah proaktif untuk memberi baucar barangan runcit dengan MBI menjalankan kerjasama bersama KK Mart bagi program ini," katanya kepada Selangorkini.

Beliau berkata senarai nama penerima bantuan akan diberikan ahli majlis kerana mereka berada di lapangan dalam mengenal pasti individu yang layak.

"Kita sasar 50 baucar setiap ahli majlis, jadi untuk 60 ahli majlis kita boleh santuni untuk mereka agih kepada penduduk di kawasan mereka," katanya.

Pada 11 Jun, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan PKP 3.0 disambung dua minggu lagi hingga 28 Jun berikutan jumlah kes harian Covid-19 yang masih tinggi.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619