AGENDA

Sirim beri rebat 20 peratus kepada pengeluar pelitup muka

16 Jun 2021, 10:22 AM
Sirim beri rebat 20 peratus kepada pengeluar pelitup muka

SHAH ALAM, 16 JUN: Sirim QAS International memberi rebat 20 peratus kepada pengeluar pelitup muka bermula semalam sehingga hujung tahun ini.

Ketua eksekutif Kumpulan Sirim berkata rebat di bawah pakej perkhidmatan pengujian dan pensijilan sebagai usaha menyokong kerajaan dalam memerangi pandemik dan memastikan keselamatan rakyat.

"Pematuhan ketat pada tatacara operasi piawai (SOP) dan mencapai imuniti kelompok melalui vaksinasi terbukti berkesan di kebanyakan negara dan kami percaya Malaysia berada di landasan betul.

"Sirim akan terus membina ketahanan perniagaan yang berterusan terutama dalam kalangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) selain melaksanakan peranan yang dimandatkan kerajaan," kata Dato’ Dr Ahmad Sabirin Arshad dalam kenyataan.

Semalam, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan Pelan Pemulihan Negara dalam memastikan kerajaan dapat melaksanakan perancangan yang lebih tersusun mendepani pandemik Covid-19.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619