AGENDA

Persatuan: Industri hotel rugi RM5 bilion, terpaksa buang pekerja

16 Jun 2021, 7:36 AM
Persatuan: Industri hotel rugi RM5 bilion, terpaksa buang pekerja

SHAH ALAM, 16 JUN: Industri perhotelan dianggarkan kehilangan pendapatan lebih RM5 bilion bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini berikutan kadar huni rendah susulan sekatan pergerakan akibat pandemik.

Ketua pegawai eksekutif Persatuan Hotel Malaysia (MAH) berkata kadar penghunian mencatat purata 21 peratus pada Januari, 17 peratus (Februari) manakala 27 peratus Mac serta April lalu yang kebanyakannya bagi keperluan kuarantin.

Katanya, kadar itu pada Mei hanya 18 peratus dan purata bagi bulan ini dijangka di bawah 15 peratus.

“Pengurangan pendapatan ini juga mengakibatkan hotel terpaksa mengambil langkah mengurangkan kos dan kesannya adalah kepada pekerja.

"Dalam tinjauan MAH baru-baru ini, hampir 28 peratus hotel mengurangkan pekerja lebih daripada separuh, manakala 51 peratus melaksanakan pembuangan pekerja,” kata Yap Lip Seng seperti dilapor Berita Harian hari ini.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619