AGENDA

Majikan dikompaun RM10,000, pemandu kena RM2,000 bawa lebih penumpang

16 Jun 2021, 6:11 AM
Majikan dikompaun RM10,000, pemandu kena RM2,000 bawa lebih penumpang

KUALA LUMPUR, 16 JUN: Seorang majikan dikompaun RM10,000 kerana membenarkan 34 pekerja menaiki bas melebihi kapasiti ditetapkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi.

Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata pemandu bas yang membawa pekerja binaan warga Bangladesh ditahan di Jalan Tun H S Lee pada jam 7.30 pagi tadi, lapor portal Kosmo!.

“Berdasarkan tatacara operasi piawai (SOP) sepanjang PKP, semua pengangkutan awam hanya dibenarkan membawa 50 peratus jumlah penumpang daripada kapasiti penuh.

“Dalam kes ini, kapasiti penuh bas terbabit adalah 44 penumpang dan sepatutnya hanya membawa 22 penumpang sahaja, " katanya ditemui di Balai Polis Tun H S Lee di sini hari ini.

Beliau berkata, pemandu bas warga tempatan berusia 40-an turut dikenakan kompaun RM2,000.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619