AGENDA

Giat promosi Saringan Komuniti fasa tiga, capai sasaran 100,000 individu

14 Jun 2021, 1:20 PM
Giat promosi Saringan Komuniti fasa tiga, capai sasaran 100,000 individu

SHAH ALAM, 14 JUN: Semua pihak perlu giat mempromosi Saringan Komuniti Covid-19 fasa ketiga secara percuma yang dijangka bermula pada Sabtu, kata Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer.

Mohd Sany Hamzan berkata antara lokasi tumpuan untuk menguarkan program anjuran Kerajaan Negeri adalah penduduk penempatan bertingkat seperti pangsapuri.

"Promosi saringan dilaksanakan menerusi kaedah siar raya di penempatan bertingkat, kita mahu mereka  tahu tarikh program saringan.

“Lebih ramai dijangka menyertai saringan fasa ketiga, jadi kita perlu tambah baik pusat saringan dengan menyediakan laluan khas bagi memastikan program berjalan lancar,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Selain itu, Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gombak Setia menyediakan kemudahan pengangkutan terutamanya untuk membawa warga emas ke pusat saringan.

Penyelarasnya Abdul Rahim Kasdi berkata fokus diberikan kepada golongan berisiko tinggi di Kampung Changkat, Kerdas, Sungai Chinchin, Simpang Tiga dan sekitar Gombak Utara berikutan peningkatan kes di kawasan itu.

“Pejabat DUN mengambil inisiatif membantu warga emas yang mungkin ada kekangan untuk hadir saringan, jadi kita cuba bantu untuk memudahkan mereka,” katanya.

Semalam Pengurus Klinik Selcare, Mohd Noor Md Nasir berkata Saringan Komuniti Covid-19 fasa ketiga dijangka bermula 19 Jun.

Pada Rabu Dato' Menteri Besar mengumumkan peruntukan sejumlah RM10.7 juta bagi meneruskan Program Saringan Komuniti Covid-19 fasa ketiga melibatkan kawasan jangkitan tinggi selain sektor industri dan perkilangan.

Sejak diperkenalkan tahun lalu, saringan secara percuma menyaring lebih 100,000 penduduk Selangor menerusi dua fasa.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619