AGENSI

PKP dilanjut, LUAS terus pantau lembangan sungai 24 jam

14 Jun 2021, 9:54 AM
PKP dilanjut, LUAS terus pantau lembangan sungai 24 jam

SHAH ALAM, 14 JUN: Pemantauan selama 24 jam di lembangan sungai utama negeri ini diteruskan walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dilanjutkan sehingga 28 Jun depan.

Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata operasi oleh Skuad Pantas bagi memastikan insiden pencemaran dan henti tugas loji rawatan air tidak berlaku sepanjang tempoh sekatan tersebut.

"Sebarang urusan mahupun pertanyaan boleh menghubungi LUAS di aplikasi whatsapp di talian 019-2647904 dan emel aduan@luas.gov.my.

"Segala kesulitan amat dikesali. Perhatian dan kerjasama semua pihak berkenaan perkara ini amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Agensi juga memaklumkan ibu pejabatnya serta pejabat cawangan di Seksyen 15, Shah Alam dan Bangi ditutup mulai esok sehingga 28 Jun.

PKP 3.0 yang sepatutnya berakhir 14 Jun lalu dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi berkuat kuasa esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan itu dibuat selepas mengambil kira jumlah kes harian masih melebihi 5,000 sehari.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619