AGENDA

Negeri lain disaran contohi Selangor tubuh pusat kaunseling

14 Jun 2021, 1:32 AM
Negeri lain disaran contohi Selangor tubuh pusat kaunseling

SHAH ALAM, 14 JUN: Negeri lain wajar meneladani Selangor menubuhkan pusat kaunseling, kata Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Prof Madya Dr Azmawati Mohammed Nawi memuji inisiatif dilaksanakan Kerajaan Selangor itu yang disifatkan mampu membantu orang ramai mendapatkan khidmat tersebut secara bertemu atau menerusi panggilan telefon.

"Kita faham ada segelintir individu takut untuk berjumpa pakar psikiatri atau doktor untuk mendapatkan rawatan mahupun membuat luahan berhubung tekanan dihadapinya.

"Justeru, usaha Kerajaan Negeri menubuhkan Pusat Kaunseling Selangor ini langkah tepat kerana adakalanya segelintir daripada mereka anggap jika berbuat demikian mungkin menimbulkan stigma kurang enak dalam kalangan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian menerusi Bual Bicara SelangorTV bertajuk Depresi Ketika Pandemik - Faktor Ekonomi Beri Impak Serius?

Kerajaan Negeri menubuhkan Pusat Kaunseling Selangor secara percuma kepada rakyat untuk mendapatkan perkhidmatan psikologi dan memahami diri serta situasi dihadapi.

Berdasarkan laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019, hampir setengah juta rakyat di negara ini melibatkan kanak-kanak berusia 16 tahun ke atas didapati mengalami simptom tekanan perasaan dan penyakit mental.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619