AGENDA

Langgar dan tipu operasi, dua kilang diarah tutup

11 Jun 2021, 10:46 AM
Langgar dan tipu operasi, dua kilang diarah tutup

SHAH ALAM, 11 JUN: Dua kilang diarahkan tutup serta-merta susulan beroperasi tanpa kebenaran dan memalsukan surat permohonan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 sejak 1 Jun lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata pihaknya turut mengenakan lima kompaun sebanyak RM10,000 kerana tidak mematuhi tatacara operasi piawai (SOP), lapor Berita Harian.

"Lima kilang dikompaun yang mana dua daripadanya diarahkan tutup serta merta. Sebuah kilang didapati beroperasi tanpa surat kebenaran daripada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).

"Sebuah lagi kilang yang diarahkan tutup didapati menipu dalam permohonan surat MITI yang mendakwa kilang mereka memproses bahan makanan, sebaliknya mereka memproses cecair bagi rokok elektronik," katanya.

Menurutnya, polis telah memeriksa 48 kilang pelbagai sektor di Shah Alam sejak 1 Jun sehingga semalam.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619