AGENDA

MB: Keputusan beli vaksin untuk sediaan masa depan rakyat

10 Jun 2021, 1:15 PM
MB: Keputusan beli vaksin untuk sediaan masa depan rakyat

SABAK BERNAM: Keputusan Selangor membeli vaksin bukan mahu mendahului mana-mana pihak sebaliknya untuk persediaan masa depan rakyat.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Amirudin Shari berkata usaha itu bertujuan mempercepatkan imuniti kelompok susulan peningkatan kes Covid-19 yang membimbangkan.

“Kelompok menerima vaksin ketika ini dalam kalangan umur 18 tahun ke atas tetapi kanak-kanak pun ramai dijangkiti, cuma mereka belum boleh divaksin serta kena tunggu dulu.

"Apabila kanak-kanak ini boleh divaksin kemudian hari, adakah kita perlu tunggu stok vaksin lagi, saya rasa lebih baik bersedia untuk masa depan anak-anak," katanya ditemui selepas menghadiri Program Saringan Komuniti di Dewan Seri Sekinchan di sini, hari ini.

Semalam Kerajaan Negeri mengumumkan peruntukan berjumlah RM200 juta untuk menjayakan Program Suntikan Vaksin Covid-19 Selangor.

Inisiatif itu terkandung dalam Pakej Bantuan Kita Selangor 2.0 bernilai RM551.56 juta yang memanfaatkan sekurang-kurangnya 1.6 juta rakyat termasuk golongan berpendapatan rendah (B40), pelajar, usahawan kecil, petani serta penggiat pelancongan.

Amirudin berkata perbincangan dengan Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) memuktamadkan bekalan vaksin berfasa bermula akhir Jun.

Program itu memfokus penerima vaksin dalam kalangan warga emas, pekerja industri serta kilang.

Namun Kerajaan Negeri turut mengusahakan perolehan vaksin sebagai persediaan melindungi generasi muda yang bakal berumur 18 tahun tetapi belum menerima vaksin.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619