AGENDA

KEADILAN gesa tambah pusat vaksin luar bandar, mudahkan rakyat

10 Jun 2021, 9:58 AM
KEADILAN gesa tambah pusat vaksin luar bandar, mudahkan rakyat

SHAH ALAM, 10 JUN: Kerajaan Persekutuan digesa menambah pusat pemberian vaksin (PPV) di Selangor khususnya kawasan luar bandar bagi memudahkan rakyat mendapat suntikan.

Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) negeri, Halimey Abu Bakar berkata kaedah suntikan secara pandu lalu atau klinik bergerak juga mempercepat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

"Kerajaan persekutuan wajar memanfaatkan kemudahan 16 Klinik Selcare serta tenaga mahir dimiliki anak syarikat Kerajaan Negeri, Selgate Corporation Sdn Bhd," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Halimey yang juga Ahli Dewan Negeri Seri Setia berkata dos vaksin perlu diberi mengikut kepadatan penduduk negeri untuk memastikan PICK berjalan teratur, adil dan saksama.

"Titah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj supaya bilangan dos vaksin ditambah sangat bertepatan, memang jelas jumlah diberikan tidak adil," katanya.

Kelmarin Sultan Selangor berharap Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin (JKJABV) mempercepat dan menambah bilangan dos vaksin untuk penduduk negeri ini.

Baginda terkejut apabila Badan Bertindak Imunisasi Covid-19 (CITF) mengesahkan Selangor hanya menerima 615,210 dos vaksin Covid-19, bukan 2.9 juta seperti dakwaan sebelum ini.

Sultan Sharafuddin juga berharap jumlah PPV di negeri ini khususnya di luar bandar termasuk kaedah pandu lalu atau klinik bergerak ditambah bagi meluaskan liputan suntikan vaksin.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619